Pro-M UKM curiga komplot p'raya kampus
sumber: http://malaysiakini.com/news/121070
Sebelum berlangsungnya pilihan raya kampus di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) sudah berasa curiga dengan pihak pentadbiran yang didakwanya "berkomplot" dengan kumpulan
pro-Aspirasi.
Menurut sumber pelajar pro-M kampus tersebut, hal ini berlaku dua hari sebelum semua calon menghadiri kursus calon pilihan raya kampus di Puteri Resort, Air Keroh Melaka selama tiga hari bermula 1 Januari lalu.Kursus tersebut - untuk calon pro-M dan pro-Aspirasi - adalah untuk mendapatkan sijil bagi layak bertanding dalam pilihan raya kampus yang akan datang.
Dalam perkembangan berkaitan, UKM dijangka mengadakan pilihan raya kampus
pada 20 Januari ini, manakala penamaan calon seminggu sebelumnya..Sumber tersebut mendakwa terdapat satu taklimat dirancang khusus untuk calon
pro-Aspirasi pada hari Khamis - sehari sebelum semua calon dijadual bertolak ke
Melaka. Taklimat itu dijadual diadakan di Kolej Keris Mas pada jam 9 malam."Kami (calon pro-M) membantah. Sekiranya taklimat itu untuk calon, kenapa
kami tidak dipanggil," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.Menurut sumber, pihaknya mengetahui tentang rancangan mengadakan taklimat itu berdasarkan pengakuan beberapa calon pro-Aspirasi mengenainya.
Ekoran bantahan tersebut, kata sumber itu, majlis taklimat berkenaan telah
dibatalkan.Katanya, mereka juga turut curiga dengan ketidakhadiran enam orang
calon dalam kursus calon yang dianjurkan oleh pihak pentadbiran universiti
terbabit di Melaka.Sumber itu juga mempertikaikan tindak-tanduk empat calon yang tidak hadir
sesi hari pertama, tetapi dibenarkan mengikuti kursus itu pada malam Sabtu dan
hari berikutnya.Katanya, mereka - yang didakwanya calon pro-Aspirasi - sepatutnya mengikuti
sepenuhnya kursus tersebut selama tiga hari, mulai petang Jumaat."Kita khuatir, mereka akan diberikan sijil, dan layak bertanding sedangkan
syarat untuk calon bertanding adalah mengikuti kursus ini dengan jayanya,"
katanya.Sijil tersebut akan dikeluarkan seminggu selepas kursus itu yang berakhir
semalam.Sumber itu mendakwa empat calon tersebut didapati menghilangkan diri selepas
mendaftar pada hari pertama kursus tersebut.Bagaimanapun, katanya, keempat-empat calon tersebut muncul semula pada malam
Sabtu."Tak pasti mereka ke mana... Adakah mereka ini layak bertanding?" soal
sumber.Sumber berkata, kursus tersebut sepatutnya dihadiri 172 calon, tetapi hanya
pada hari pertama, hanya 166 yang mengikutinya, manakala empat lagi hadir
keesokannya.Katanya, beliau juga tidak mengetahui ke manakah baki dua lagi calon yang
tidak hadir itu
E-voting: BANTAH mahu anjur debat libatkan HEP dan KPT
sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24015:e-voting-bantah-mahu-anjur-debat-libatkan-hep-dan-kpt&catid=1:utama&Itemid=50
KUALA LUMPUR, 5 Jan: Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH) berhasrat menganjurkan pula debat bertajuk 'Integriti E-Voting dan Pengendalian
Pilihanraya Kampus' selepas percubaan pertama mereka pada forum terbuka 1
Januari lalu mendapat sambutan menggalakkan biarpun ditentang hebat pihak
pentadbiran Universiti Malaya.Dalam satu kenyataan, jurucakapnya Mohd Ridzuan memberitahu debat yang belum ditetapkan masa dan tarikh itu sebagai penerusan memberi penerangan kepada mahasiswa berkaitan sistem pengundian elektronik atau e-voting.
Bagaimanapun, kali ini mereka cuba melibatkan wakil Hal Ehwal Pelajar (HEP) atau wakil Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai panel debat tersebut.
"Di peringkat BANTAH, kita melihat bahawa perlunya pihak KPT atau HEP untuk turun memberikan penjelasan kepada seluruh mahasiswa tentang kewajaran menggunakan system e-voting di dalam pilihanraya kampus kali ini.
"Kita mahu mahasiswa mendengar sendiri penjelasan daripada pihak HEP dan juga
peluang buat mahasiswa menyatakan pandangan dan melontarkan persoalan
kepada pihak KPT atau HEP," katanya.1 Januari lalu, BANTAH dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), telah berjaya mengadakan forum terbuka "E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus" biarpun Akademi Pengajian Islam (API) membatalkan kelulusan tempat program tersebut.
Ekoran pembatalan itu, program yang sepatutnya berlangsung di Dewan Kuliah Utama APIUM itu bagaimanapun terpaksa diadakan hanya di koridor bangunan itu.
Tiga panel menjayakan forum tersebut adalah Pengerusi Pro-Mahasiswa (Pro-M) Nasional Mohd Shafie Hashim, ADUN Teja Chang Lih Kang dan pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Shazni Munir Mohd Ithnin.
Pensyarah fakulti undang-undang UIA, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang sepatutnya menjadi salah seorang panel forum tersebut, bagaimanapun terpaksa membatalkan kehadirannya kerana mendakwa tidak selesa dengan publisiti negatif forum berkenaan.
Lebih 200 pelajar dari seluruh kampus utama Lembah Klang hadir pada forum tersebut antaranya dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).
p/s: Teringat zaman2 "menggempur" kampus dulu :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan