Isnin, 25 Januari 2010

Realiti Islam Masa Kini...

*Gambaran melalui antalogi...suatu cara berhikmah dalam menyampaikan sesuatu maksud. Tanpa kita sedari, sebenaranya memang kita telah lama didoktrinkan oleh perkara2 yang tidak sepatutnya....sebagaimana kisah di bawah ini:

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satupermainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi kelirudan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.

Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika. "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."

"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambilQur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dariperangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun andamuslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... " "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid."Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar". "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kitaberdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...

Sudah sedarkah kita? Fikir2 kan....

Sabtu, 23 Januari 2010

Sekadar Renungan...

Sajak ni pernah saya deklamasikan dalam makan Malam Kelas Syariah Sem 2 2009 pada 18 November 2009 di Female Sport Complex, IIUM...

source: http://www.jannah.org/articles/poems.html#4

A Moment of No Doubt
By: Ibrahim Nael Abdella
Sometimes I think about
the moment of no doubt
The fate that reached every
tall short personthin be he, or stout
when it came it just came
just like that
the intensity of the pain
unconcievable by the brain
they said it was like
70 swords aimed to strike
how can I bear that if
when only by a cut,
my arm will get so stiff
How will i act.....
What will I say....
I can't just run away
from facing that day
All I can do is Pray
to Allah everyday
in hope that He may
make it a simple day
I heard that some hallucinated
and from the pain
commited blasphemy
now.... I really won't like
that to happen to me
at least becauseat that moment of pain
I'll be under so much strain
that caring about someone elsewould be the least
Will I go to Janah
what my soul always desired?
or will I be sent
directly to the hellfire?........just like that
My soul always tells me:"No ,that won't happen to you....
you are a pious man with a heart
overflown with ImanAllah will spare you
from the pain"....But how can that be true....
When the Prophet sent to you
better than you and him.....peace be upon him
suffered these moments too.....just like that
Or are you better than him?!?!?
So my advice for you......and for me too
is to stick to The Booksent by The Creator of man
(and every other thing) The Holy Quran
and read a part daily ,at least one chapter
this insha Allahis good for the Hereafter
not only reading........understanding too
Quran and Sunnah ...stick to these two
Is it too hardto do that at once?
Well, ... and so is... entering Paradise
So DO IT ........that is my advice........just like that
and pray for the person
who wrote this poem
so he won't be punished..... just like that

Al-Fatihah (Belasungkawa buat Almarhum Sultan Iskandar)

Takziah buat semua rakyat negeri Johor Darul Takzim khususnya buat kaum kerabat diraja atas pemergian Al-Marhum Sultan...Al-Fatihah

Belasungkawa...

Sultan Johor Sultan Iskandar, yang mangkat malam Jumaat lalu pada usia 77 tahun, adalah seorang raja yang tegas tetapi adil dan sentiasa mahukan yang terbaik bagi rakyat, menjadikan negeri Johor sebagai antara negeri termaju di negara ini.

Baginda yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981, mangkat pada 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.

Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Ismailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.

Semasa pemerintahan baginda, Sultan Iskandar dikasihi pelbagai lapisan rakyat negeri Johor atas bimbingan dan perhatian berterusan baginda terhadap segala naungannya.Baginda bukan sahaja bijak dalam hal keagamaan dan pemerintahan tetapi juga dalam pelbagai bidang lain seperti ketenteraan, sukan dan perniagaan.Baginda sering bertitah mengingatkan rakyatnya agar sentiasa hidup bermuafakat, bersatu padu dan bekerja bersungguh-sungguh bagi menjamin kebahagiaan negeri Johor.

Sultan Iskandar dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat Undang-undang oleh The National University of Singapore (NUS) pada 12 April 2007 sebagai mengiktiraf peranan baginda dalam kemajuan dan kemakmuran negeri itu serta sumbangan baginda terhadap hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura.

Pemimpin Singapura dijemput ke istana

Dalam menjaga hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura, baginda sering menjemput pemimpin Singapura ke Istana Bukit Serene di Johor Baharu semasa sambutan Hari Raya. Sultan Iskandar, yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong kelapan pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989, diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April 1932 merupakan putera sulung kepada Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

Menggemari permainan polo, papan layar, golf dan memburu, baginda merupakan uruterbang bertauliah dan pernah mendapat latihan asas ketenteraan dalam Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor.Baginda merupakan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor yang diasaskan dan ditubuhkan oleh moyang baginda Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1885.

Minat baginda dalam bidang ketenteraan jelas dilihat daripada perwatakan baginda yang sentiasa segak beruniform tentera dan ketegasan baginda dalam soal disiplin.Sultan Iskandar pernah menyertai batalion kedua Askar Wataniah di Johor Baharu pada 1960 dan berkhidmat dengan Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai pegawai dan dilantik sebagai Kolonel Yang Dipertua Rejimen Gerak Khas.

Sebagai Ketua Agama Negeri, baginda sentiasa mengadakan hubungan erat dengan Majlis Agama Negeri atau pentadbiran jabatan berkenaan untuk mengikuti perkembangan dan masalah agama. Baginda sendiri turut menyampaikan khutbah-khutbah Jumaat di masjid-masjid sekitar Johor.

Gemar sukan lasak

Di arena sukan, baginda terkenal sebagai peminat dan ahli sukan dalam pelbagai acara yang mencabar seperti golf, tenis, tinju, luncur layar, ski air, menyelam, berenang, payung terjun, lumba kereta dan menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Baginda merupakan seorang juruterbang helikopter dan pesawat ringan yang dikagumi.Sultan Iskandar yang turut gemar berburu, sering menasihatkan rakyat negerinya agar menceburi sukan menembak kerana baginda percaya sukan itu akan muncul sebagai sukan utama di masa hadapan.

Ketika merasmikan Kejohanan Menembak Sultan Iskandar Challenge Trophy 1997, baginda bertitah sukan itu bukan lagi menjadi aktiviti yang dikhususkan kepada golongan berada tetapi terbuka kepada semua golongan kerana yuran dikenakan oleh kelab menembak adalah kecil.Hasrat baginda itu kini menjadi kenyataan kerana Malaysia mula muncul sebagai antara negara yang mempunyai penembak terbaik di peringkat antarabangsa.Dan sehingga kini, Persatuan Penembak Clay Target Johor (JCTSA) terus menganjurkan pertandingan menembak Piala Sultan Iskandar, yang melibatkan penembak tempatan dan luar negara, sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Iskandar.

Selain sukan menembak, baginda turut memberikan sokongan kepada sektor pelancongan dengan seringkali mencemar duli menghadiri Festival Layang-layang Antarabangsa di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang yang menjadi venue tetap acara itu.Titah baginda, penganjuran agenda bertaraf antarabangsa merangkumi acara-acara sukan, rekreasi serta temasya layang-layang dapat memberikan imej antarabangsa kepada Johor dan Malaysia.

Sultan Iskandar menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Baharu sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Baharu dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun sebelum ke Devon Technical College, England lima tahun kemudian.

Setelah menamatkan pengajian pada 25 Januari 1956, baginda pulang ke Johor pada 1956 dan terus berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sehingga 1959.Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London.

Pada Disember 1966, baginda dilantik Raja Muda Johor oleh ayahanda baginda dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken.

Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja pada 11 Mei 1981, selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden.

- Bernama

Ingati ALLAH!

* Dipetik daripada koleksi e-mel yang pernah saya dapat...cukup bagus untuk renungan bersama...

Baca jika anda ada masa untuk ALLAH. Bacalah sehingga habis...

ALLAH , bila saya membaca entri ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini.... Lebih lebih lagi diwaktu kerja.

Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang .... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.

Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat ...Mungkin malam JUMAAT?

Dan sewaktu solat MAGHRIB SAJA? Kita suka ALLAH pada masa kita sakit.... Dan sudah pasti waktu ada kematian... Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung pada NYA. Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka... ... Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita. DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!!

Ya aku CINTA ALLAH ...

DIA adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku

DIA lah yang mengerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.

FIKIR2 KAN...

"Terjemahan God Sebagai Allah: Mengenalpasti Punca Permasalahan dan Penyelesaiannya"

Kenyataan Media Tuan Guru Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang berhubung Muzakarah Pakar IKIM berkenaan isu Allah

sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24437:qterjemahan-god-sebagai-allah-mengenalpasti-punca-permasalahan-dan-penyelesaiannyaq&catid=83:presiden&Itemid=127

Kami telah dijemput sebagai mewakili parti masing-masing dan individu dalam Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada 21 Januari 2010.

Laporan beberapa akhbar harian pada 22 Januari 2010 telah menyatakan sebagai berikut :
“Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini mengambil kata sepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan atau ganti nama kepada 'God' tidak tepat.

Pengerusi IKIM, Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam juga menyalahi hakikat sebenar kerana ia bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjur oleh agama Islam atas dasar setempat di Malaysia”.

Apa yang tidak dinyatakan di dalam laporan berkenaan ialah pendirian konsisten kami bahawa :

1-Penggunaan kalimah nama ”Allah” untuk tujuan amalan agama sesama penganut agama Kristian dan Yahudi adalah dibenarkan oleh Islam, dengan bersumberkan dalil Al Quran dan As Sunnah serta pandangan ulama muktabar.

2-Demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara, polemik ini hendaklah diselesaikan dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana.

3-Berasaskan semangat musyawarah dan saling memahami dalam konteks masyarakat Malaysia, maka suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira dalam menentukan penggunaan kalimah “Allah” itu.

Penggunaan kalimah “Allah” secara tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

Oleh itu, satu garispanduan penggunaannya perlulah diwujudkan.

Kami juga ingin menyatakan bahawa sebagaimana yang telah dipersetujui oleh pihak penganjur dan para panel muzakarah, dan berdasarkan kepada tradisi keilmuan dan semangat perbezaan pandangan, maka tiada sebarang ketetapan rasmi telah dikeluarkan diakhir sesi muzakarah berkenaan.

Kenyataan Media oleh Tiga Panel Muzakarah Pakar :

Dato’ Seri Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Dr Mohd Nur ManutyAhli Majlis Pimpinan Pusat, Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Dr Mohd Asri Zainal AbidinMantan Mufti Perlis

22 Januari 2010

Selasa, 5 Januari 2010

Apa khabar PRK UIAM?



Salam perjuangan kampus buat adik2 seperjuanganku di kampus....apa ceritanya PRK di UIAM? Senyap seribu bahasa? Atau adakah PRK tidak akan berlaku di UIAM kerana WUFI pasti menang?




Pro-M UKM curiga komplot p'raya kampus


sumber: http://malaysiakini.com/news/121070

Sebelum berlangsungnya pilihan raya kampus di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) sudah berasa curiga dengan pihak pentadbiran yang didakwanya "berkomplot" dengan kumpulan
pro-Aspirasi.

Menurut sumber pelajar pro-M kampus tersebut, hal ini berlaku dua hari sebelum semua calon menghadiri kursus calon pilihan raya kampus di Puteri Resort, Air Keroh Melaka selama tiga hari bermula 1 Januari lalu.


Kursus tersebut - untuk calon pro-M dan pro-Aspirasi - adalah untuk mendapatkan sijil bagi layak bertanding dalam pilihan raya kampus yang akan datang.


Dalam perkembangan berkaitan, UKM dijangka mengadakan pilihan raya kampus
pada 20 Januari ini, manakala penamaan calon seminggu sebelumnya..


Sumber tersebut mendakwa terdapat satu taklimat dirancang khusus untuk calon
pro-Aspirasi pada hari Khamis - sehari sebelum semua calon dijadual bertolak ke
Melaka. Taklimat itu dijadual diadakan di Kolej Keris Mas pada jam 9 malam.


"Kami (calon pro-M) membantah. Sekiranya taklimat itu untuk calon, kenapa
kami tidak dipanggil," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.


Menurut sumber, pihaknya mengetahui tentang rancangan mengadakan taklimat itu berdasarkan pengakuan beberapa calon pro-Aspirasi mengenainya.


Ekoran bantahan tersebut, kata sumber itu, majlis taklimat berkenaan telah
dibatalkan.Katanya, mereka juga turut curiga dengan ketidakhadiran enam orang
calon dalam kursus calon yang dianjurkan oleh pihak pentadbiran universiti
terbabit di Melaka.


Sumber itu juga mempertikaikan tindak-tanduk empat calon yang tidak hadir
sesi hari pertama, tetapi dibenarkan mengikuti kursus itu pada malam Sabtu dan
hari berikutnya.


Katanya, mereka - yang didakwanya calon pro-Aspirasi - sepatutnya mengikuti
sepenuhnya kursus tersebut selama tiga hari, mulai petang Jumaat.


"Kita khuatir, mereka akan diberikan sijil, dan layak bertanding sedangkan
syarat untuk calon bertanding adalah mengikuti kursus ini dengan jayanya,"
katanya.


Sijil tersebut akan dikeluarkan seminggu selepas kursus itu yang berakhir
semalam.


Sumber itu mendakwa empat calon tersebut didapati menghilangkan diri selepas
mendaftar pada hari pertama kursus tersebut.


Bagaimanapun, katanya, keempat-empat calon tersebut muncul semula pada malam
Sabtu.


"Tak pasti mereka ke mana... Adakah mereka ini layak bertanding?" soal
sumber.


Sumber berkata, kursus tersebut sepatutnya dihadiri 172 calon, tetapi hanya
pada hari pertama, hanya 166 yang mengikutinya, manakala empat lagi hadir
keesokannya.


Katanya, beliau juga tidak mengetahui ke manakah baki dua lagi calon yang
tidak hadir itu




E-voting: BANTAH mahu anjur debat libatkan HEP dan KPT


sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24015:e-voting-bantah-mahu-anjur-debat-libatkan-hep-dan-kpt&catid=1:utama&Itemid=50


KUALA LUMPUR, 5 Jan: Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH) berhasrat menganjurkan pula debat bertajuk 'Integriti E-Voting dan Pengendalian
Pilihanraya Kampus' selepas percubaan pertama mereka pada forum terbuka 1
Januari lalu mendapat sambutan menggalakkan biarpun ditentang hebat pihak
pentadbiran Universiti Malaya.


Dalam satu kenyataan, jurucakapnya Mohd Ridzuan memberitahu debat yang belum ditetapkan masa dan tarikh itu sebagai penerusan memberi penerangan kepada mahasiswa berkaitan sistem pengundian elektronik atau e-voting.


Bagaimanapun, kali ini mereka cuba melibatkan wakil Hal Ehwal Pelajar (HEP) atau wakil Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai panel debat tersebut.


"Di peringkat BANTAH, kita melihat bahawa perlunya pihak KPT atau HEP untuk turun memberikan penjelasan kepada seluruh mahasiswa tentang kewajaran menggunakan system e-voting di dalam pilihanraya kampus kali ini.
"Kita mahu mahasiswa mendengar sendiri penjelasan daripada pihak HEP dan juga
peluang buat mahasiswa menyatakan pandangan dan melontarkan persoalan
kepada pihak KPT atau HEP," katanya.


1 Januari lalu, BANTAH dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), telah berjaya mengadakan forum terbuka "E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus" biarpun Akademi Pengajian Islam (API) membatalkan kelulusan tempat program tersebut.


Ekoran pembatalan itu, program yang sepatutnya berlangsung di Dewan Kuliah Utama APIUM itu bagaimanapun terpaksa diadakan hanya di koridor bangunan itu.


Tiga panel menjayakan forum tersebut adalah Pengerusi Pro-Mahasiswa (Pro-M) Nasional Mohd Shafie Hashim, ADUN Teja Chang Lih Kang dan pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Shazni Munir Mohd Ithnin.


Pensyarah fakulti undang-undang UIA, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang sepatutnya menjadi salah seorang panel forum tersebut, bagaimanapun terpaksa membatalkan kehadirannya kerana mendakwa tidak selesa dengan publisiti negatif forum berkenaan.


Lebih 200 pelajar dari seluruh kampus utama Lembah Klang hadir pada forum tersebut antaranya dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).


p/s: Teringat zaman2 "menggempur" kampus dulu :)

Artikel menarik

Lagi artikel menarik berkaitan isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam:

http://solleh-alfatimi.blogspot.com/2010/01/isu-kalimah-allah-satu-kajian-part-1.html

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24012:pas-allah-can-be-used-by-non-muslims-but-do-not-abuse&catid=1:utama&Itemid=50

http://drmaza.com/home/?p=931

Jika anda ada sumber2 yang boleh dikongsi, mohon sumbangkan sebagai perkongsian. Bersama memahami isu ini dengan sebenar2 nya..:)